Jetpack suit

 oleh : Bapa Fadel


Sepanjang dua dekad terakhir, sejumlah syarikat dan penyelidik antarabangsa telah memajukan konsep flying backpack iaitu varian moden jetpack dan jetsuit.


Dari perspektif aplikasi, terdapat tiga bidang utama yang sesuai dengan penggunaan flying backpack atau jetpack ketika ini.

1-  Adalah operasi menyelamat dan kecemasan bagi mencapai kawasan sukar diakses dengan pantas.

2-  Peningkatan mobiliti individu dalam operasi khas terutama bagi tujuan ketenteraan dan kegunaan hiburan atau rekreasi seperti pertunjukan udara serta sukan ekstrem.

3-  Demonstrasi diraja, acara lumba jetsuit dan persembahan awam di lokasi seperti Dubai, Emiriyah Arab Bersatu telah menunjukkan potensi komersial teknologi itu, biarpun operasi sebenar masih terhad disebabkan kos, keselamatan dan peraturan.

Selain itu, isu regulasi merupakan halangan besar jetpack bagi penggunaan secara meluas.

Agensi seperti EASA (European Union Aviation Safety Agency) dan badan pengawalseliaan lain di peringkat antarabangsa sedang berusaha membangunkan rangka kerja untuk Urban Air Mobility (UAM).

Martin Aircraft dari New Zealand telah lama mewujudkan model yang lebih praktikal menggunakan kipas berdek pada struktur berbentuk beg galas untuk meningkatkan tempoh penerbangan.

Menariknya, demonstrasi dan uji terbang oleh syarikat-syarikat itu telah menarik liputan media antarabangsa. Ini menjadikan teknologi tersebut lebih nyata berbanding dekad terdahulu. “Melihat ke hadapan, kemungkinan wujudnya ekosistem mobiliti udara berbentuk peribadi bergantung pada beberapa faktor

Kesimpulannya, flying backpack sudah bergerak daripada sekadar prototaip eksperimental ke demonstrasi yang meyakinkan dengan sokongan industri antarabangsa.

Cabaran teknikal dan peraturan masih besar, namun perkembangan semasa menunjukkan jalan yang jelas.

Justeru, inovasi berterusan, kolaborasi dengan pengawal selia dan faktor keselamatan akan menentukan sama ada impian terbang secara peribadi akan menjadi sebahagian daripada rutin manusia pada masa depan atau kekal sebagai ikon demonstrasi.



Race jetpack in Abu Dhabi UAE.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SPACE Art Planetrium Negara

USM. : Satelit Piko

Suit Angkasa