Catatan

Jelajah Angkasa

Imej
  Voyeger 1 Edward Stone Saintis  Voyeger  1 ialah prob angkasa terjauh yg pernah dihantar oleh manusia sejak dilancarkan pada tahun 1977.  November 2026 (hujung tahun ini) akan menjadi detik bersejarah yg mana Voyager 1 akan mencecah 1 hari cahaya sejak pelancarannya. 1 hari cahaya bermaksud, jaraknya telah mencecah sekitar 26 bilion kilometer dari Bumi . Tahun/hari cahaya merujuk pada jarak dan masa. 1 tahun cahaya bermaksud jarak yang telah dilalui oleh cahaya dalam tempoh 1 tahun iaitu bersamaan dengan sekitar 9.4 trilion kilometer. Bagi menyukat jarak di angkasa, saintis tak pakai kilometer sebab angkasa terlalu luas. Jadi, mereka pakai tahun cahaya.  Matahari misalnya mempunyai jarak 8 minit cahaya dari Bumi kerana cahaya mengambil tempoh 8 minit untuk gerak dari Matahari ke Bumi. Selain jarak, tahun cahaya juga merujuk pada masa. Matahari yang kita saksikan dari Bumi merupakan Matahari 8 minit yang lalu.  Jadi, bagi cahaya untuk sampai ke Voyager 1,...

Jetpack suit

Imej
 oleh : Bapa Fadel Sepanjang dua dekad terakhir, sejumlah syarikat dan penyelidik antarabangsa telah memajukan konsep flying backpack iaitu varian moden jetpack dan jetsuit. Dari perspektif aplikasi, terdapat tiga bidang utama yang sesuai dengan penggunaan flying backpack atau jetpack ketika ini. 1-  Adalah operasi menyelamat dan kecemasan bagi mencapai kawasan sukar diakses dengan pantas. 2-  Peningkatan mobiliti individu dalam operasi khas terutama bagi tujuan ketenteraan dan kegunaan hiburan atau rekreasi seperti pertunjukan udara serta sukan ekstrem. 3-  Demonstrasi diraja, acara lumba jetsuit dan persembahan awam di lokasi seperti Dubai, Emiriyah Arab Bersatu telah menunjukkan potensi komersial teknologi itu, biarpun operasi sebenar masih terhad disebabkan kos, keselamatan dan peraturan. Selain itu, isu regulasi merupakan halangan besar jetpack bagi penggunaan secara meluas. Agensi seperti EASA (European Union Aviation Safety Agency) dan badan pengawalseliaan la...

Satelit micro dilancarkan

Imej
  Menurut kenyataan yang dikeluarkan TerraXpace Sdn. Bhd, pelancaran bersejarah itu berlangsung pada jam 11.33 pagi waktu Malaysia dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, China , menggunakan roket Kinetica-1. Selain itu, syarikat tempatan itu turut memaklumkan bahawa pembangunan TerraX-1 menandakan satu langkah besar dalam memperkukuh keupayaan Malaysia dalam teknologi satelit serta pemerhatian bumi. “Pelancaran ini adalah bukti kemampuan Malaysia untuk melangkah lebih jauh dalam sektor angkasa dan teknologi penderiaan jauh,” menurut kenyataan yang dikeluarkan TerraXpace Sdn. Bhd, hari ini. Satelit SAR bukan sekadar kamera di angkasa. Ia menggunakan gelombang radar X-band yang mampu menembusi awan, hujan malah kegelapan malam. Teknologi ini membolehkan Malaysia memantau banjir, pembalakan, aktiviti nelayan, perubahan garis pantai dan pembangunan bandar tanpa terikat dengan cuaca atau waktu siang. Dalam erti lain, Malaysia kini mempunyai “mata” yang sentiasa berjaga di orbit. Roket K...

Suit Angkasa

Imej
  Apa Ada Dalam Sut Angkasa: Kapal Angkasa Mini di Tubuh Manusia?" Apabila kita melihat angkasawan bekerja di luar Stesen Angkasa Antarabangsa, mudah untuk terleka dengan pemandangan Bumi di belakang mereka. Namun rahsia sebenar kejayaan itu ialah pakaian yang mereka sarung. Sut angkasa ialah sebuah kapsul hayat mini yang direka untuk memastikan manusia terus hidup dalam keadaan yang sangat mustahil. Setiap sut angkasa mempunyai sistem hayat lengkap seakan kapal angkasa peribadi. Di bahagian belakangnya terdapat unit kawalan yang menempatkan tangki oksigen, penapis karbon dioksida, bateri dan kipas untuk peredaran udara. Tanpa sistem ini, seorang angkasawan tidak akan mampu bertahan lebih dari beberapa saat di luar orbit. Reka bentuknya terdiri daripada beberapa lapisan berbeza, setiap satunya dengan fungsi khusus. Lapisan dalam menyerap peluh dan mengekalkan keselesaan tubuh. Lapisan tengah dilengkapi dengan tiub air yang mengawal suhu, manakala lapisan luar melindungi daripada r...

Cipta Power Inverter

Imej
  FAKULTI Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, telah menghasilkan Power Inverter sebagai sumber tenaga utama bagi mewujudkan pasar malam hijau. Ketua Projeknya, Dr. Nur Faizal Kasri berkata, penggunaan Power Inverter bagi menggantikan generator minyak di pasar malam ke arah mewujudkan pasar malam rendah karbon di Johor. “Penggunaan penjana elektrik berasaskan bahan api biasanya melepaskan gas karbon monoksida, menghasilkan pencemaran bunyi, kos bahan api dan memerlukan penyelenggaraan berkala secara berterusan. “Generator juga menghasilkan ‘carbon bubble’ di kawasan pasar malam dan sekitarnya,” katanya kepada K-Tekno baru-baru ini. Tambah Nur Faizal, berbanding penggunaan Power Inverter yang dapat mengurangkan pencemaran udara, teknologi baharu itu juga dapat mengurangkan bunyi bising selain menjimatkan kos serta mewujudkan kawasan rendah karbon. Jelas beliau, bagi melaksanakan projek tersebut, pihaknya menerima Geran Komuniti Rendah Karbon 4.0 sebany...

SPACE Art Planetrium Negara

Imej
  Baru baru ini pihak kerajaan melalui Planetrium Negara telah melancarkan program bakat Art Space di kalangan generasi muda tentang ilmu sains angkasa. Pertandingan lukisan bertemakan Art Space di Planetrium Negara. Ianya melibatkan beberapa buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Tujuan supaya bakat lukisan pelajar dapat diperhatikan serta penilaian dibuat untuk menarik minat perkembangan minda pelajar berhubung ilmu sains angkasa umumnya.   Tema  2018 See You In Space Planetarium Negara merupakan planetarium negara Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia merupakan bangunan berkubah biru yang terletak di puncak bukit di Taman Tasik di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Ia merangkumi kawasan seluas 120,000 kaki persegi. Berada di:   Taman Botani Perdana Alamat :  53, Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, WP Dibuka:  Mei 1994 Webmaster : Hanif Fadzli and Nadzri Abd

Fahami Solar Suria

Imej
 Tahukah anda? https://nenpower.com/blog/how-to-use-solar-energy-to-generate-tv/ 1. MEMAHAMI TENAGA SOLAR Tenaga suria timbul daripada sinaran yang dipancarkan oleh matahari, yang boleh ditukar menjadi elektrik melalui penggunaan sel fotovoltaik. Sumber tenaga boleh diperbaharui ini telah mendapat perhatian yang besar untuk potensi transformatifnya dalam mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat lonjakan minat mengenai cara tenaga suria boleh dimanfaatkan untuk aplikasi harian, termasuk sistem hiburan rumah seperti televisyen. Kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kemampanan alam sekitar dan kos tenaga telah mendorong peralihan ke arah menggunakan sumber kuasa alternatif seperti tenaga solar. Dengan menggunakan panel solar, individu boleh menjana tenaga elektrik dengan cekap yang boleh menjana pelbagai peralatan rumah, termasuk televisyen. Ini bukan sahaja membawa kepada penurunan bil elektrik tetapi juga menyumbang kepa...