Jetpack suit
oleh : Bapa Fadel Sepanjang dua dekad terakhir, sejumlah syarikat dan penyelidik antarabangsa telah memajukan konsep flying backpack iaitu varian moden jetpack dan jetsuit. Dari perspektif aplikasi, terdapat tiga bidang utama yang sesuai dengan penggunaan flying backpack atau jetpack ketika ini. 1- Adalah operasi menyelamat dan kecemasan bagi mencapai kawasan sukar diakses dengan pantas. 2- Peningkatan mobiliti individu dalam operasi khas terutama bagi tujuan ketenteraan dan kegunaan hiburan atau rekreasi seperti pertunjukan udara serta sukan ekstrem. 3- Demonstrasi diraja, acara lumba jetsuit dan persembahan awam di lokasi seperti Dubai, Emiriyah Arab Bersatu telah menunjukkan potensi komersial teknologi itu, biarpun operasi sebenar masih terhad disebabkan kos, keselamatan dan peraturan. Selain itu, isu regulasi merupakan halangan besar jetpack bagi penggunaan secara meluas. Agensi seperti EASA (European Union Aviation Safety Agency) dan badan pengawalseliaan la...