Jelajah Angkasa
Voyeger 1 Edward Stone Saintis Voyeger 1 ialah prob angkasa terjauh yg pernah dihantar oleh manusia sejak dilancarkan pada tahun 1977. November 2026 (hujung tahun ini) akan menjadi detik bersejarah yg mana Voyager 1 akan mencecah 1 hari cahaya sejak pelancarannya. 1 hari cahaya bermaksud, jaraknya telah mencecah sekitar 26 bilion kilometer dari Bumi . Tahun/hari cahaya merujuk pada jarak dan masa. 1 tahun cahaya bermaksud jarak yang telah dilalui oleh cahaya dalam tempoh 1 tahun iaitu bersamaan dengan sekitar 9.4 trilion kilometer. Bagi menyukat jarak di angkasa, saintis tak pakai kilometer sebab angkasa terlalu luas. Jadi, mereka pakai tahun cahaya. Matahari misalnya mempunyai jarak 8 minit cahaya dari Bumi kerana cahaya mengambil tempoh 8 minit untuk gerak dari Matahari ke Bumi. Selain jarak, tahun cahaya juga merujuk pada masa. Matahari yang kita saksikan dari Bumi merupakan Matahari 8 minit yang lalu. Jadi, bagi cahaya untuk sampai ke Voyager 1,...