USM. : Satelit Piko

Oleh : Norilmi Amilia.



NIBONG TEBAL, 12 November 2023 – Universiti Sains Malaysia (USM) dan SpaceIn Sdn. Bhd., sebuah syarikat spin-off Universiti Sains Malaysia yang terlibat dalam pembuatan satelit kecil dan perkhidmatan IoT, melakar sejarah dengan pelancaran satelit piko pertama Malaysia, SpaceANT-D, hari ini pada jam 2.47 pagi waktu tempatan.

sketch 1699791457727

Pelancaran tersebut menggunakan roket Falcon 9 milik Space X dari Vandenberg Space Force Base, California di mana SpaceANT-D akan dilepaskan daripada deployer Alba Orbital dalam masa 7 ke 10 hari lagi dan isyarat pertama satelit kemudiannya akan dihantar ke stesen bumi.

Ianya akan menerima data daripada sensor di bumi dan kemudiannya dihantar semula ke stesen bumi dengan menggunakan cloud bagi memudahkan pengambilan data oleh pengguna.

SpaceANT dibangunkan serta dibiayai oleh geran yang dimenangi oleh SpaceIn dan Syarikat ini juga merupakan menerima dana daripada CRADLE untuk pembangunan pusat data satelit di USM.

spaceant d 1

Malah, pelancaran satelit ini juga menunjukkan komitmen universiti dan SpaceIn untuk membangunkan bakat tempatan di samping menggalakkan inovasi dan kemajuan industri angkasa di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif SpaceIn, Dr. Norilmi Amilia Ismail menyuarakan keterujaan beliau akan peristiwa bersejarah ini dan menyatakan kesungguhan SpaceIn dalam bercita-cita untuk memimpin aktiviti penjelajahan angkasa di Malaysia.

“Pengurangan kos melalui penggunaan satelit kecil ini akan memberi lebih banyak peluang kepada semua untuk menggunakan teknologi angkasa bagi menyelesaikan pelbagai masalah industri dan kehidupan,” kata beliau.

SpaceIn merupakan salah satu pemenang program akselerator SUPERB yang ditawarkan oleh TERAJU, sebuah agensi tindakan afirmatif Bumiputera yang strategik yang ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Selain USM dan SpaceIn, misi ini juga juga merupakan usaha bersama dari Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (MARTS) dan menjadi tanda aras kepada pencapaian penting dalam usaha negara untuk mencapai Malaysia Space Exploration 2030.


TQ.. Abang Long Fadel

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SPACE Art Planetrium Negara

RAVVEN robotik