Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2025

Satelit micro dilancarkan

Imej
  Menurut kenyataan yang dikeluarkan TerraXpace Sdn. Bhd, pelancaran bersejarah itu berlangsung pada jam 11.33 pagi waktu Malaysia dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, China , menggunakan roket Kinetica-1. Selain itu, syarikat tempatan itu turut memaklumkan bahawa pembangunan TerraX-1 menandakan satu langkah besar dalam memperkukuh keupayaan Malaysia dalam teknologi satelit serta pemerhatian bumi. “Pelancaran ini adalah bukti kemampuan Malaysia untuk melangkah lebih jauh dalam sektor angkasa dan teknologi penderiaan jauh,” menurut kenyataan yang dikeluarkan TerraXpace Sdn. Bhd, hari ini. Satelit SAR bukan sekadar kamera di angkasa. Ia menggunakan gelombang radar X-band yang mampu menembusi awan, hujan malah kegelapan malam. Teknologi ini membolehkan Malaysia memantau banjir, pembalakan, aktiviti nelayan, perubahan garis pantai dan pembangunan bandar tanpa terikat dengan cuaca atau waktu siang. Dalam erti lain, Malaysia kini mempunyai “mata” yang sentiasa berjaga di orbit. Roket K...