Catatan

Satelit micro dilancarkan

Imej
  Menurut kenyataan yang dikeluarkan TerraXpace Sdn. Bhd, pelancaran bersejarah itu berlangsung pada jam 11.33 pagi waktu Malaysia dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, China , menggunakan roket Kinetica-1. Selain itu, syarikat tempatan itu turut memaklumkan bahawa pembangunan TerraX-1 menandakan satu langkah besar dalam memperkukuh keupayaan Malaysia dalam teknologi satelit serta pemerhatian bumi. “Pelancaran ini adalah bukti kemampuan Malaysia untuk melangkah lebih jauh dalam sektor angkasa dan teknologi penderiaan jauh,” menurut kenyataan yang dikeluarkan TerraXpace Sdn. Bhd, hari ini. Satelit SAR bukan sekadar kamera di angkasa. Ia menggunakan gelombang radar X-band yang mampu menembusi awan, hujan malah kegelapan malam. Teknologi ini membolehkan Malaysia memantau banjir, pembalakan, aktiviti nelayan, perubahan garis pantai dan pembangunan bandar tanpa terikat dengan cuaca atau waktu siang. Dalam erti lain, Malaysia kini mempunyai “mata” yang sentiasa berjaga di orbit. Roket K...

Suit Angkasa

Imej
  Apa Ada Dalam Sut Angkasa: Kapal Angkasa Mini di Tubuh Manusia?" Apabila kita melihat angkasawan bekerja di luar Stesen Angkasa Antarabangsa, mudah untuk terleka dengan pemandangan Bumi di belakang mereka. Namun rahsia sebenar kejayaan itu ialah pakaian yang mereka sarung. Sut angkasa ialah sebuah kapsul hayat mini yang direka untuk memastikan manusia terus hidup dalam keadaan yang sangat mustahil. Setiap sut angkasa mempunyai sistem hayat lengkap seakan kapal angkasa peribadi. Di bahagian belakangnya terdapat unit kawalan yang menempatkan tangki oksigen, penapis karbon dioksida, bateri dan kipas untuk peredaran udara. Tanpa sistem ini, seorang angkasawan tidak akan mampu bertahan lebih dari beberapa saat di luar orbit. Reka bentuknya terdiri daripada beberapa lapisan berbeza, setiap satunya dengan fungsi khusus. Lapisan dalam menyerap peluh dan mengekalkan keselesaan tubuh. Lapisan tengah dilengkapi dengan tiub air yang mengawal suhu, manakala lapisan luar melindungi daripada r...

Cipta Power Inverter

Imej
  FAKULTI Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, telah menghasilkan Power Inverter sebagai sumber tenaga utama bagi mewujudkan pasar malam hijau. Ketua Projeknya, Dr. Nur Faizal Kasri berkata, penggunaan Power Inverter bagi menggantikan generator minyak di pasar malam ke arah mewujudkan pasar malam rendah karbon di Johor. “Penggunaan penjana elektrik berasaskan bahan api biasanya melepaskan gas karbon monoksida, menghasilkan pencemaran bunyi, kos bahan api dan memerlukan penyelenggaraan berkala secara berterusan. “Generator juga menghasilkan ‘carbon bubble’ di kawasan pasar malam dan sekitarnya,” katanya kepada K-Tekno baru-baru ini. Tambah Nur Faizal, berbanding penggunaan Power Inverter yang dapat mengurangkan pencemaran udara, teknologi baharu itu juga dapat mengurangkan bunyi bising selain menjimatkan kos serta mewujudkan kawasan rendah karbon. Jelas beliau, bagi melaksanakan projek tersebut, pihaknya menerima Geran Komuniti Rendah Karbon 4.0 sebany...

SPACE Art Planetrium Negara

Imej
  Baru baru ini pihak kerajaan melalui Planetrium Negara telah melancarkan program bakat Art Space di kalangan generasi muda tentang ilmu sains angkasa. Pertandingan lukisan bertemakan Art Space di Planetrium Negara. Ianya melibatkan beberapa buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Tujuan supaya bakat lukisan pelajar dapat diperhatikan serta penilaian dibuat untuk menarik minat perkembangan minda pelajar berhubung ilmu sains angkasa umumnya.   Tema  2018 See You In Space Planetarium Negara merupakan planetarium negara Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia merupakan bangunan berkubah biru yang terletak di puncak bukit di Taman Tasik di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Ia merangkumi kawasan seluas 120,000 kaki persegi. Berada di:   Taman Botani Perdana Alamat :  53, Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, WP Dibuka:  Mei 1994 Webmaster : Hanif Fadzli and Nadzri Abd

Fahami Solar Suria

Imej
 Tahukah anda? https://nenpower.com/blog/how-to-use-solar-energy-to-generate-tv/ 1. MEMAHAMI TENAGA SOLAR Tenaga suria timbul daripada sinaran yang dipancarkan oleh matahari, yang boleh ditukar menjadi elektrik melalui penggunaan sel fotovoltaik. Sumber tenaga boleh diperbaharui ini telah mendapat perhatian yang besar untuk potensi transformatifnya dalam mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat lonjakan minat mengenai cara tenaga suria boleh dimanfaatkan untuk aplikasi harian, termasuk sistem hiburan rumah seperti televisyen. Kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kemampanan alam sekitar dan kos tenaga telah mendorong peralihan ke arah menggunakan sumber kuasa alternatif seperti tenaga solar. Dengan menggunakan panel solar, individu boleh menjana tenaga elektrik dengan cekap yang boleh menjana pelbagai peralatan rumah, termasuk televisyen. Ini bukan sahaja membawa kepada penurunan bil elektrik tetapi juga menyumbang kepa...

JKR : Teknologi Jalanan

Imej
  Kementerian Kerja Raya (KKR) bekerjasama Petronas Research Sdn Bhd (PRSB) memperkenalkan teknologi baharu penurapan jalan yang berpotensi mengatasi masalah kerosakan dan meningkatkan daya tahan jalan. Turapan jalan lapisan permukaan haus jenis Stone Mastic Asphalt (SMA) yang menggunakan bitumen terubahsuai dengan campuran plastik. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, proses penurapan setebal 50 milimeter (mm) sudah dibuat pada 10 Januari 2023 sepanjang 200 meter di Jalan Persekutuan FT185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, Kelantan. Menurutnya, lokasi ini dipilih bagi membuktikan produk mempunyai daya tahan yang tinggi memandangkan kawasan itu adalah jalan berbukit dan turut digunakam kenderaan berat. "Pemantauan prestasi turapan jalan ini bakal berakhir hari ini (9 Januari 2024). "Saya sudah turun padang untuk melihat keberkesanan turapan ini dan didapati laluan ini masih dalam keadaan baik meskipun menjadi laluan utama kenderaan berat, ditambah p...

Rumput Helikopter

Imej
  KUCING  juga sama seperti manusia yang terdedah kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan. Salah satu penyakit yang sangat sinonim dengan si bulus adalah panleukopenia atau parvo, di mana ia berisiko menyebabkan kematian. Penyakit ini berpunca daripada virus dan tersebar melalui air liur, air kencing, najis dan air mata. Bahan utama yang digunakan adalah rumput helikopter atau rumput pendul. Rumput helikopter yang tumbuh meliar. -Gambar hiasan 1. Pilih rumput helikopter yang ada bulat putih di tengahnya dan cabut sekali dengan akar 2. Buang tanah pada akar dan cuci bersih rumput 3. Potong pendek dan masukkan ke dalam periuk bersama air 4. Rebus sehingga air tinggal separuh periuk dan warnanya bertukar keperangan 5. Tus dan ambil airnya saja 6. Masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk Air rebusan rumput helikopter juga boleh diberikan kepada kucing yang tidak aktif atau kurang selera makan. -Gambar hiasan Untuk memberikan air penawar ini kepada si bulus, suapkan ...